My Engagement Day

Ahad 10.10.10 tarikh Pertunangan Wawa and Makram. Bertunang ni bagi wawa "tak fair" sebab perempuan je yang nervous bagai nak rak. tapi lelaki duduk kat luar je/ duduk kat rumah. Believe me! you dont know the feeling mcm mana duduk kat pelamin and semua orang tertumpu kat u and u "sorang2" dekat atas mini Pelamin tu. Everyone was like "senyum senyum senyum" =D. Sumpa ini moment paling gemuruh i ever been. So girls better prepared, ur time will come.

~Picture Pelamin Pinky White dari A'F Bridal Tambun and Hantaran dari Tg.Makram ~

~Dulang 1. Tepak Sirih (Antara yang wajib dalam hantaran)~

~Dulang 2. Bekas Cincin Tunang (Tanda)~

~Dulang 3. Perfume Gucci Guilty (Pewangi)~

~Dulang 4. Blackberry Bold 2 (Gadget)~

~Dulang 5. Jam Guess (Hiasan diri)~

~Dulang 6. Handbag Guess (Hiasan diri)~

~Dulang 7. Cupcake dari WonderMilk (Manisan)~

So ini lah antara hantaran untuk wawa. Dari pihak lelaki 7 dibalas 9 oleh pihak perempuan. Cantik2 sangat hantaran keluarga Makram buat. Hantaran2 ni semua dah lebih kepada concept Modern and mengikut pilihan kami berdua. Adat tetap mengikut adat, tapi tak salah kan kalau nak buat lain dari yang biasa.

Ini pula hantaran "Purple Silver" dari Wawa untuk Makram. Ada 6 dulang ditempah di SSF dan 3 dulang dibuat oleh My Mum. Antara senarai barang2 Jeli Anggur, Cake, Ferro Roche Chocolate, Pastry Fruity, Kasut Pedro, Spek Oakley, Jam tangan Guess, Toiletries Dunhill dan yang paling penting Sirih Junjung.

Ini pula sesi perbincangan antara ibu bapa dan keluarga. Pakngah Hussin berbaju putih mewakilkan papa wawa yang berbaju Purple tu. Manakala Ayah Razak berbaju biru pula mewakilkan Bat( Ayah Makram) yang berbaju pink.


~Baju disewa di Kasma Collection at Taman Perpaduan,Ipoh~

~Make up oleh Erlina Rahmat(kalau nak cari kat my Facebook ye?) Pelamin disewa di A'F Bridal at Tambun~

Ini lah saat2 yang mendebarkan tu. Feeling tu bercampur2 cuak, gembira, terharu semua ada masa duduk atas pelamin tu. Tapi tahan je lah sekali seumur hidup kan. Time2 mcm ni tak datang banyak2 kali.


Time ni lagilah nervous, My future mother-in-law tgh sarungkan cincin ke jari manis saya.

~Bergambar bersama Mama~
~Bergambar bersama Papa, Isteri dan adik2 saya~

~Bergambar bersama Mama and Makram's Family~

~Bergambar bersama My Wifey Apple Hatsune, Ayu Safinas and Dayah yang datang dari KL (ini geng Hello Kitty saya)~

Akhir sekali bergambar bersama My Fiancee yang terhendap2 dari luar rumah tu. Finally, selama 4 tahun lebih kitaorg berkawan, di sinilah bermula satu lagi tanga dalam hidup kami untuk tempuh banyak lagi dugaan mendatang. Alhamdulillah Majlis kami selesai dgn baik....

p/s : banyak lagi gambar nak letak ni...nak kena resize sume malas nyer lah...


7 comments:

Ida said...

suka sgt pelamin u dear..n u're so gorgeous! :) xsabar tunggu turn i..hehe

fxy said...

BlackBerry Bold 2, untuk BBM

nasdyehard86 said...

omg!so sweet ok:)
cant wait 4 ur weds wifey!

nasdyehard86 said...

omg!so sweet ok:)
cant wait 4 ur weds wifey!

Ainee Cumi said...

Wahh sumpah Aini suka baca dis entri. Macam terimbau kembali pulak pergi engagement k.wa.. Sweet sangat ok the pelamin. Hantaran sumpah gorjes tmbh tmbh sireh junjung k.wa tu

Wowwa Ismail said...

ida, when is ur turn babe? mencabar tau saat2 mcm ni...

fxy, haha yeah itu yg penting..nak bbm sama biebie <3

dyah, thanx babe...i pun xsabar ni..

ainee, sireh junjung tu kak wa pun suka =)) SSF buat canteek gak yg tu...tp yang lain2 sume simple je
nanti kak wa nak letak gambar ainee and nisa gak..cuma gambar2 tu xdpt lagi dr photogrpaher

datindba said...

kakak, cantik,, tak terkata batapa sweetnya hantaran tu.. :)

*Tak sabar la nak rasa